Sayang Mercedes Punya Pasal, Lelaki Kejam Cuci Bonet Kereta Guna Kucing

Sumber imej: ytn.co.kr

 

Gara-gara melompat naik atas bonet kereta Mercedes milik lelaki ni, seekor kucing jalanan telah ‘didenda’ oleh pemilik kereta berkenaan dengan dijadikan sebagai span pencuci kereta. Kejadian yang berlaku di daerah Krasnodar, Rusia itu telah direkod oleh kawan kepada lelaki berkenaan yang turut sama ketawa melihat aksi tersebut.

Bukan sahaja dicelup ke dalam baldi kecil yang berisi air, badan kucing tersebut turut digunakan untuk polish headlights kereta terbabit. Kesian kucing tu, bukan kotor pun kereta Mercedes tu sampai kena denda macam tu sekali dengan empunya kereta.

Sumber imej: pictures-of-cats.org

 

Video berdurasi 40 saat tersebut telah tular dan menyebabkan ramai pencinta haiwan membuat laporan polis untuk menangkap dan menghukum lelaki itu. Tidak lama selepas menerima kecaman orang ramai, lelaki tersebut telah memadam account Instagram miliknya. Mengikut undang-undang di negara Rusia, sesiapa yang melakukan kekejaman ke atas haiwan atau “animal cruelty offence” akan dipenjara sehingga 3 tahun sekiranya didapati bersalah.

Itu la, niat asal nak buat lawak bodoh di media sosial. Sekali kena report dan mungkin masuk penjara. Nasib baik berlaku di Rusia. Kalau di Malaysia, habis la. Bukan setakat kena kecam dengan geng Bawang Rangers, habis semua profile kau mereka akan siasat sampai londeh. Kalau anda pencinta haiwan, anda rasa apa hukuman yang setimpal untuk lelaki ni?

Anda boleh tonton video penuh di sini.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *