Selamat Tinggal Silverstone. Kilang Di Taiping Ditutup Selepas 30 Tahun

Bermula Jun 2021, syarikat gergasi dari Jepun, iaitu Toyo Tire Corporation, akan menamatkan operasi pengeluaran tayar daripada Silverstone Malaysia Bhd (SSM). Takashi Shimizu, selaku CEO kepada Toyo Tire, turut mengumumkan tentang pembubaran SSM selepas penutupan sepenuhnya kilang tayar Silverstone di Kamunting, Taiping Perak.
Sebenarnya sudah lama kita boleh agak yang syarikat berada di ambang kejatuhan. Cuba kita lihat pada kejadian perhimpunan secara aman yang dilakukan oleh pekerja mereka pada awal tahun 2019? Para pekerja ni mendesak agar mereka diberikan bonus sewajarnya di saat syarikat itu selalu mengumumkan kerugian yang mereka hadapi dari saban tahun.

Tiap tahun alami kerugian, ditambah pula pandemik Covid-19 ni memang amat mencabar buat mana-mana syarikat termasuk yang tahap ‘gergasi’ untuk meneruskan operasi. Maka oleh itu Toyo Tire dikatakan sepakat untuk menutup kilang itu buat selama-lamanya selepas mereka mencatatkan antara kerugian terburuk pada tahun 2020, iaitu sebanyak 6.27 yen (RM 239 juta).
Selain itu, pihak Toyo Tire turut mengatakan selain kerugian, antara faktor lain yang menyumbang kepada keputusan untuk menutup kilang juga disebabkan oleh keupayaan kilang Silverstone di Kamunting itu sendiri yang telah berusia 30 tahun disertakan dengan keadaan mesin, kecekapan pengeluaran dan penyelenggaraan bangunan yang semakin merosot.

Bagaimana pula dengan nasib pekerja? Dikatakan lebih dari 1,000 pekerja bakal hadapi masa depan yang agak malap. Mengikut keterangan beberapa pekerja, mereka pernah mendengar tentang khabar angin tentang penutupan kilang. Namun agak terkejut apabila mereka betul-betul mendapat notis tentang penutupan beberapa hari lepas. Dengan situasi pandemik Covid-19, ditambah pula PKP dan keadaan ekonomi yang sangat teruk, mereka turut menyuarakan kebimbangan tentang masa depan mereka nanti.
Semoga ada pampasan setimpal buat semua pekerja. Kesian kat mereka. Kita doakan yang terbaik.





