
Gara-gara pembinaan MRT ini mempunyai kerjasama bersama negara China, perkhidmatan transit aliran massa (MRT) yang pertama di negara Vietnam telah diboikot dengan teruk oleh rakyat mereka.
Bayangkan, Hanoi Metro ni merupakan MRT pertama di negara itu tetapi tidak mendapat sambutan langsung. Sejak dilancarkan sekitar awal November 2021, MRT itu dilaporkan mempunyai kadar penumpang yang tak masuk akal. Penumpangnya terlalu sedikit! Cuma kira-kira 60 orang penumpang bagi setiap perjalanan. Kiranya memang tak akan ada isu buat-buat OKU untuk dapatkan tempat duduk la kan?

Laluan yang melalui 12 stesen sepanjang 13 kilometer itu cuma mengambil masa sekitar 24 minit dari utara Hanoi ke selatan Ha Dong dan sebenarnya mampu membawa sehingga 1 juta penumpang sehari. Namun malangnya purata penumpang yang menggunakan MRT ini cuma 12,000 orang sahaja walaupun ia sangat membantu untuk mengurangkan kadar kesesakan trafik di sana.

Kiranya mereka lebih sanggup hadap jem sebegini daripada naik MRT yang mempunyai kerjasama dengan negara China. Keadaan ini memang sudah tentu akan mendatangkan masalah kepada pihak kerajaan Vietnam kerana kos untuk menyiapkan projek MRT ini sahaja sudah memakan lebih RM 2.3 bilion selain mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan.
Kalau rakyat boikot, macam mana nak jana keuntungan kan? Memang lain macam cara rakyat Vietnam boikot sesuatu perkara yang berlaku di negara mereka kan? Kalau di Malaysia, hari ini boikot, tapi bila ada diskaun berbaris sampai ke luar. Boikot la sangat.





