Semua Konvoi VIP Patut Contohi KDYMM Sultan Kedah Yang Bantu Escort Ambulans. Ini Baru Betul, Dahulukan Rakyat!


Kebelakangan ini banyak video dan gambar yang dikongsikan di media sosial Malaysia tentang ambulans yang bagi laluan kepada konvoi VIP. Rata-rata netizen marah dengan situasi itu dan mempersoalkan kepentingan konvoi VIP berbanding nyawa pesakit di dalam ambulans berkenaan.

Malah, menurut pengerusi Alliance for Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye, ambulans dan pihak bomba sepatutnya diberikan keutamaan kerana ia melibatkan keadaan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Presiden Malaysia Private Ambulance Service Providers Association, Steven Penafort, pun setuju bahawa nyawa pesakit lebih utama. Jadi, adakah semua VIP menunjukkan sifat mereka lebih utama?

Antara kes terawal yang mengundang kemarahan netizen adalah kejadian ambulans diberhentikan bagi memberi laluan kepada konvoi VIP di Hulu Langat. Dalam kejadian itu, sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terpaksa bagi laluan kepada rombongan VIP yang menuju ke kawasan yang dilanda banjir. Ni yang nak cuci najis cicak tu ek?

Dalam satu kejadian di Johor Bahru pula, rakaman dashcam sebuah ambulans menunjukkan ambulans dan beberapa kenderaan lain ditahan polis untuk memberikan laluan kepada konvoi VIP. Namun, mengikut Polis Daerah Johor Bahru Utara, tindakan anggota tersebut bukan untuk laluan konvoi VIP, sebaliknya untuk elakkan pertembungan antara kenderaan. Katanya mereka membuat penilaian dari segi keselamatan supaya dapat elakkan kemalangan yang tak diingini. Macam mana pula kes di bawah ni?

Betul ke keselamatan? Sebab lain pula yang berlaku pada bulan Februari 2022. Ada video menunjukkan dua kenderaan rakyat marhaen kemalangan semata-mata nak bagi laluan kepada kereta orang VIP. Kesian pada pemilik Perodua Kelisa dan Proton Wira tu. Nasib baik pada masa tu bukan ambulans yang lalu.

Bila dilihat pada contoh di atas, rasanya kebanyakan VIP yang terlibat patut rasa malu kepada KDYMM Sultan Kedah. Sebab dalam satu kejadian tu, tiga pegawai yang escort KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah membantu pihak ambulans dan pesakit dengan mempermudahkan urusan pesakit ke Institut Jantung Negara (IJN). Untuk pengetahuan, awalnya rombongan itu dalam perjalanan ke Istana Darul Aman di Kuala Lumpur sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke- 258 di Istana Negara. Namun 3 outriders bertindak mengiringi ambulan dari Simpang Jalan Semantan sehingga ke Jalan Parlimen untuk membawa pesakit ke IJN. Ini baru contoh yang baik.

Uncle Kentang pun salute pada KDYMM Sultan Kedah kerana utamakan nyawa rakyat. Ini baru betul rakyat diutamakan! Daulat Tuanku!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *