Banjir Kilat Lagi. Jalanraya Kawasan Bandar KL Jadi ‘Sungai’

Semalam, tular di media sosial tentang video dan gambar kawasan yang dilanda banjir kilat. Antara kawasan paling teruk terlibat dalam banjir kilat kali ini ialah Jalan Kia Peng, Jalan Kuchai Lama, Lebuh Ampang, Pantai Dalam dan juga Lebuhraya KESAS Sri Petaling. Bahkan, kawasan parkir berhampiran KLCC juga menunjukkan banyak kenderaan yang ditenggelami air.

Apa sebenarnya punca kepada banjir kali ini? Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata banjir kali ini adalah berpunca daripada hujan lebat yang melebihi purata hujan bulanan dalam tempoh 2 jam sahaja selain sistem perparitan yang tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga lambat mengeluarkan amaran? Sebenarnya METMalaysia sudah pun keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melanda di beberapa negeri di Malaysia sejak 6 Mac 2022. Namun, tiada siapa yang menyangka kawasan yang akan paling teruk terjejas ialah di sekitar bandar KL. Malah, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, ribuan kenderaan di sekitar ibu kota telah ditenggelami banjir. Kesian sungguh pada mangsa-mangsa yang terlibat.

Selepas apa yang berlaku, katanya Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang tentang cara penyelesaian dan pencegahan terbaik, agar dapat mengelakkan kejadian sama daripada berulang. Jangan berbincang sahaja, pastikan ada pelaksanaan juga. Kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *