
Ramai pengguna media sosial terkejut selepas melihat gambar bangkai seekor buaya yang saiznya agak besar mati dilanggar oleh sebuah BYD Sealion 6 Hybrid di Tutong Brunei. Dalam kejadian itu, buaya tersebut didapati sesat dari habitat asal dan cuba untuk melintas jalan di Lebuhraya Penanjong.
Dalam beberapa gambar yang tular, kereta yang melanggar buaya itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan di mana tayar kiri kereta tersebut tercabut. Walaupun keadaan SUV itu kelihatan agak teruk, namun ramai pihak bersyukur apabila pemandu kenderaan itu dilaporkan selamat. Antara komen yang ditinggalkan oleh warganet adalah:
“Semoga urusan si pemandu di permudahkan. Bahaya jua kalau dah buaya naik ke jalan raya sudah atu. Kali ia mau jadi buaya darat sudah atu,” kata Badrul Abdullah.
“Semoga urusan si pemandu di permudahkan. Bahaya jua kalau dah buaya naik ke jalan raya sudah atu. Kali ia mau jadi buaya darat sudah atu,” kata Badrul Abdullah.
“Alhamdulilah. Pemandunya selamat. Kereta nda apa boleh repair dan claim insurance,” kata Allen Ibrahim.




