Cabaran TikTok Viral Terbaru: Curi Kereta Pula?

Sumber imej: cloutnews.com

Sejujurnya, kita semua akan melakukan perkara yang kurang cerdik atau ‘gila’ semasa kita masih muda. Namun bila difikirkan balik, rasanya kanak-kanak atau remaja zaman sekarang jauh lagi ‘gila’ akibat daripada pelbagai jenis cabaran di media sosial lebih-lebih lagi di TikTok.

Lihat sahaja cabaran TikTok terdahulu yang bukan sahaja tidak cerdik malah mendatangkan bahaya dan pernah membuatkan si pelaku hilang nyawa. Ingat lagi tak cabaran ‘Malaikat Maut’ yang menyebabkan remaja maut selepas remaja terbabit melompat keluar di hadapan lori yang sedang bergerak? Memang kena dengan nama cabaran tu sebab sejurus selepas itu, remaja berkenaan memang jumpa malaikat maut yang sebenar.

Sumber imej: newsbreak.ng

Sekarang, apa pula cabaran TikTok yang terbaru? Menurut CNBC, cabaran TikTok tular yang terbaru adalah cabaran mencuri kereta seperti Kia dan Hyundai (kereta Korea Selatan) menggunakan kord USB. Malah, menurut beberapa portal media juga mendakwa cabaran TikTok ini yang turut dikenali sebagai “Kia Boyz” telah mendorong remaja untuk menceroboh masuk dan mencuri beberapa jenis kenderaan keluaran Kia atau Hyundai. Antara model yang paling digemari adalah buatan dari tahun 2010 sehingga 2021 yang mana kebanyakan model kenderaan Kia dan Hyundai itu menggunakan kunci mekanikal.

Sumber imej: wegotthiscovered.com

Kemudian apa yang para remaja itu buat dengan kereta yang mereka curi? Kebiasaannya mereka cuma memandu kereta curi itu untuk keseronokan atau melakukan jenayah lain dan vandalisme sebelum meninggalkan kereta curi itu di tepi jalan. Mereka curi bukan untuk mendapatkan wang tetapi sebaliknya untuk membuatkan video mereka mendapat jumlah tontonan yang tinggi, dapatkan ‘like’ dan sudah tentu, tular. Remaja sekarang memang lapar populariti pun kan? Serba-serbi yang mereka buat dengan harapan jadi viral walaupun benda tu sangat tak masuk akal.

Sumber imej: youtube.com

P/S: Jangan ada rakyat Malaysia yang nak cuba cabaran ni. Boleh kena hukuman mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan tau atas kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor. Silap-silap boleh masuk penjara sehingga tujuh tahun termasuk denda.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *