Diejek Akan Kalah Lawan Pelumba Lelaki, Wanita Ini Bangkit Dan Buktikan Dia Mampu Jadi Juara Rally Race

Sumber imej: tatianaspiegel.com

“Mereka kata saya tidak akan mampu tamatkan. Tapi saya jadi yang pertama tamatkan perlumbaan”. Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh Ewy Rosqvist, wanita pertama yang menjuarai perlumbaan kereta seumpamanya dalam sejarah dunia.

Bayangkan dia dikelilingi oleh 286 kereta yang menyertai perlumbaan VI Touring Car Grand Prix of Argentina pada tahun 1962, yang mana hanya 43 mampu bertahan sehingga ke peringkat akhir, selain satu kematian dilaporkan. Namun wanita ini berjaya membuktikan yang seorang wanita juga mampu menang perlumbaan kereta sejauh 4,626 kilometer yang kononnya selalu dimonopoli oleh kaum lelaki. Lagi hebat, dia juga mampu membuatkan mulut orang yang mengejeknya terkunci saat dia melangkah masuk ke perlumbaan itu apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan itu 3 jam lebih awal daripada pelumba lain!

Sumber imej: emercedesbenz.com

Sebelum dia berjinak dengan dunia perlumbaan kereta, Ewy Rosqvist-von Korff merupakan satu-satunya anak perempuan dalam sebuah keluarga petani dari Sweden. Rutin hariannya ialah dia mesti melawat 7 hingga 8 ladang setiap hari. Ketika itulah minatnya untuk memandu laju muncul dan selepas itu dia mula mencatatkan kesemua tempoh masa (lap times) di antara satu ladang yang berlainan.

Maka selepas dia berkahwin dengan Yngve Rosqvist, yang juga salah seorang anggota Royal Automobile Club, dia mula masuk bertanding sebagai pemandu setelah kelab itu meyuarakan minat terhadap kebolehannya memandu dengan laju dan cekap dan menjadikannya sebagai salah seorang daripada pemandu wanita terbaik di Eropah.

Sumber imej: telegraph.co.uk

Pada mulanya, dia menandatangani kontrak bersama Volvo, sebelum dia menyertai Mercedes-Benz. Pada tahun 1962, dia menyertai Argentine Turismo Standard Grand Prix (sebagai wanita pertama) bersama sahabatnya yang juga seorang wanita, iaitu Ursula Wirth, sebagai pemandu bersama (co-driver). Pasangan wanita hebat ini menang kesemua enam peringkat perlumbaan selain berjaya memecahkan rekod purata kelajuan terpantas iaitu 127 km/j sepanjang perlumbaan 4,626 kilometer tersebut.

Untuk pengetahuan anda, perlumbaan ni bukan macam atas litar biasa yang jalan dia elok tu tau. Tapi jalan yang mereka lalui ni termasuk di atas tanah, jalan berbukit, tepi lereng bukit dan sebagainya. Keadaan jalan adalah seperti gambar di bawah ni. Sangat bahaya dan mencabar. Bukan calang-calang pelumba yang mampu lakukannya.

Sumber imej: emercedesbenz.com

Sebab itu ramai pemandu terlibat dalam kemalangan yang membuatkan kereta mereka hancur remuk selain satu kematian dilaporkan. Tapi yang lagi hebat pasal Ewy Rosqvist ni ialah sepanjang perlumbaannya, dia tidak pernah terlibat dalam apa-apa kemalangan pun. Hebatkan pemandu wanita ni?

Maka, tidak hairanlah kehebatannya diakui seluruh dunia. Malah, bagi peminat pengumpul kereta mainan Matchbox, anda pasti akan kenal model ’62 Mercedes-Benz 220 SE Sedan, iaitu sebuah kereta dengan nombor 711 bersama wajah pelumba wanita hebat tersebut, Ewy Rosqvist.

Sumber imej: scale64.de

Anda juga boleh menonton video penuh inspirasi dari Ewy Rosqvist di bawah:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *