Harga RON95 Turun kepada RM1.99 & Kadar Tol Dibekukan : Dua Berita Gembira Buat Rakyat

Harga RON95 Turun kepada RM1.99 & Tol Dibekukan: Rakyat Dapat Nikmati Penjimatan Berganda.
Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan dua inisiatif penting demi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Pertama, harga RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, khusus untuk warganegara Malaysia melalui skim subsidi bersasar. Ini akan member sekitar 18 juta pemandu kereta dan juga penunggang motorsikal. Tidak lupa juga kepada e-hailing.
Kedua, kerajaan juga tidak akan menaikkan kadar tol di 10 lebuh raya utama termasuk MEX, LPT2 dan SKVE. Kerajaan akan menganggung kos lebih dari RM500 Juta untuk memastikan rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

Manfaat Penurunan Harga RON95:
- Pengguna tempatan, termasuk pemandu e-hailing dan pekerja harian, bakal menikmati penjimatan langsung setiap kali mengisi minyak.
- Penurunan ini membantu mengawal inflasi dan meringankan kos logistik barangan asas.
- Skim subsidi bersasar memastikan bantuan sampai kepada rakyat Malaysia, bukan warga asing atau golongan berpendapatan tinggi.
Kebaikan Pembekuan Kadar Tol:
- Tiada kenaikan kadar tol bermaksud kos perjalanan kekal stabil, memberi kelegaan kepada pengguna lebuh raya harian.
- Penangguhan kenaikan kadar tol juga mengelakkan beban tambahan kepada keluarga yang bergantung pada pengangkutan darat.
Kedua-dua langkah ini bukan sahaja memberikan kelegaan kepada golongan B40 dan M40, malah memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran ekonomi semasa. Tambahan pula, pelaksanaan subsidi pintar ini adalah langkah ke arah pengurusan fiskal lebih mampan.
Dengan pengumuman ini, rakyat kini boleh merancang perbelanjaan harian dengan lebih baik, sementara ekonomi negara kekal stabil.
Korang rasa dengan harga RON95 turun & tiada kenaikkan harga tol, rakyat berpuas hati? Bincangkan.





