Jalan Gua Musang Ditutup Semasa Musim Perayaan? Keputusan Terpaling Bijak

Panas sungguh rasanya hati apabila dilaporkan bahawa jalan utama Gua Musang – Kuala Lipis ditutup sebulan sehingga 29 April 2023. Memang bijak sangat keputusan pihak berwajib untuk menutup jalan utama ini semasa musim perayaan. Sudahlah raya sebelum ini pun menunjukkan jalan itu antara yang paling teruk sesak. Tahun lepas pun ada yang sampai lebih 18 jam terperangkap kat atas jalan raya. Kali ini mereka nak tutup pula? Siapa punya idea ni?

Jika dilihat pada gambar dan video yang tular di media sosial pun kita boleh nampak bahawa jalan ini mengalami kesesakan luar biasa. Belum nak Raya jalan dah teruk jem! Lagi parah apabila ramai pengguna jalan raya di kawasan itu yang geram kerana mereka tidak mendapat notis tentang penutupan jalan tersebut. Notis mungkin ada, tapi tak menyeluruh.

 

Sumber imej: kosmo.com.my

Untuk pengetahuan anak perantau semua, tujuan mereka menutup jalan utama ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C. Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) sehingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup di kedua-dua arah. Selain itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai)

Sumber imej: kosmo.com.my

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berharap agar penutupan jalan itu dapat ditangguhkan buat sementara waktu kerana ia menyukarkan masyarakat setempat lebih-lebih lagi di akhir Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Malah Pertubuhan Martabat Sejagat (Martabat) juga berharap agar jurutera daerah mengkaji semula penutupan Jalan Gua Musang – Kuala Lipis dalam tempoh perayaan dan meminta supaya ia ditangguhkan selepas musim perayaan.

Sumber imej: thereporter.my

Sebenarnya kan, kami tak kisah bila nak cucuk atau nak korek jalan sekalipun. Cuma persoalan di sini kenapa dalam 365 hari setahun, mereka pilih betul-betul waktu sebulan di antara musim bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri? Cukup-cukuplah buat keputusan yang memalukan. Sudahlah tahun lepas ada ‘orang besar’ negeri Kelantan buat kenyataan kelakar iaitu tiada guna besarkan jalan untuk kemudahan rakyat ketika perayaan sebab setahun sekali je sesak.

Sumber imej: pinterest.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *