KERETA ELEKTRIK NETA V DAPAT 0 BINTANG DARIPADA ASEAN NCAP?

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa kenderaan elektrik (EV) daripada China jenama Neta yang dihantui dengan beberapa kontroversi. Nasib malang mereka bermula di negara sendiri (China) yang mana jenama ini dilihat gagal daripada segi reka bentuk yang tidak menarik dan jualan yang hambar sehingga menyebabkan syarikat mereka terpaksa menanggung kerugian serius dan terpaksa menghentikan pengeluaran kenderaan di beberapa kilang mereka.
Di Malaysia pula, jenama ini pernah mendapat perhatian akibat isu Neta V yang hangus terbakar hanya selepas melanggar objek asing di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Kejadian itu telah menyebabkan ramai warganet terkejut kerana insiden itu menunjukkan sebuah kenderaan elektrik boleh hangus 100 peratus dalam masa beberapa minit selepas perlanggaran berlaku. Justeru itu, insiden ini menimbulkan keraguan tentang ciri keselamatan yang terdapat pada jenama Neta.
@utusantvofficial 9 NOV 24: Begini cara Bomba padam api kereta elektrik terbakar. Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose berserta foam sehingga api terpadam. 📽 milik @theredsaviors #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #evterbakar #neta
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Terbaharu pula, jenama Neta sekali lagi dilanda kontroversi yang mungkin akan memburukkan nama jenama ini selepas satu ujian daripada ASEAN NCAP telah menunjukkan bahawa prestasi Neta V sangat buruk dan mendapat 0 bintang! Bayangkan, dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Neta V hanya memperoleh 7.89 mata sekali gus menunjukkan bahawa ciri keselamatannya adalah sangat lemah.

Sumber imej: aseancap.org
Untuk pengetahuan, model Neta V hanya dilengkapi dengan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan selain tali pinggang keledar untuk kedua-dua penumpang hadapan tidak mempunyai sebarang pra-tegang retraktor dan pengehad beban yang sangat membahayakan keselamatan penumpang. Bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) pula, tiada satu pun daripada teknologi yang disenaraikan adalah mengikut protokol ASEAN NCAP. Oleh kerana kesemua markah bagi setiap kategori tersangat rendah, maka pihak ASEAN NCAP telah memberikan Neta V dengan Zero-Star.

Sumber imej: aseancap.org
Untuk pengetahuan, kebiasaannya ujian ASEAN NCAP lebih senang lulus berbanding ujian Euro NCAP atau ujian NHTSA yang lebih ketat namun dalam kes Neta V, ujian ASEAN NCAP pun sudah gagal dengan 0-bintang. Sedangkan Perodua Axia yang harganya bermula RM 23,000 itu pun dapat 4-bintang. Jadi adakah anda rasa kereta elektrik pada harga RM 99,800 dengan 0-bintang ini berbaloi untuk dimiliki? Rasanya tidak mustahil kereta ini akan ditarik balik daripada pasaran atas faktor keselamatan.




