SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47. MALAYSIA SEMAKIN BERANI TUNJUK TARING DALAM DUNIA AUTOMOTIF ASIA TENGGARA?

Sumber imej: hmetro.com.my

Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tahun 2025, Malaysia nampaknya makin bersedia nak tunjuk taring dalam dunia automotif Asia Tenggara. Tapi kali ni bukan cerita pasal kereta elektrik je fokusnya lebih luas dan menarik!

Kerajaan Malaysia sedang rancak memperkukuh kedudukan industri automotif melalui kerjasama ekonomi serantau. Antara langkah terbaru, Malaysia turut meminta Amerika Syarikat bagi menurunkan tarif kepada sifar untuk eksport alat ganti automotif, perabot dan komponen aeroangkasa. Tujuannya? Supaya produk buatan Malaysia boleh tembus lebih jauh ke pasaran dunia tanpa beban cukai tinggi. Langkah ni juga selaras dengan semangat ASEAN 2025 yang nak lihat negara-negara Asia Tenggara lebih terbuka dan saling membantu dalam perdagangan.

Sumber imej: bharian.com.my

Selain itu, Malaysia juga turut melancarkan Peta Jalan Industri Keluli Hijau 2050 bagi menghasilkan bahan automotif yang lebih mesra alam. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi keluli ni komponen utama dalam pembinaan kereta. Jadi bila Malaysia mula guna teknologi “green steel”, ia bukan sahaja kurangkan pencemaran, tapi juga buat industri automotif kita nampak lebih moden dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

Secara ringkas, Malaysia bukan sekadar nak hasilkan lebih banyak kereta, tapi nak bina ekosistem automotif yang bijak dan mampan dari pengeluaran bahan mentah sampailah ke pemasaran serantau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti dijangka jadi pentas penting untuk Malaysia tunjuk hala tuju baru industri automotifnya lebih hijau, lebih terbuka, dan lebih bersedia untuk masa depan.

Sumber imej: utusan.com.my

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *