Piala Dunia 2022: Betul Ke Putera Mahkota Arab Saudi Bakal Hadiahkan Setiap Pemain Rolls Royce Phantom?
Setiap satu bernilai RM2 Juta.

Piala Dunia 2022 di Qatar secara kasarnya merupakan antara acara sukan dunia yang paling banyak kontroversi. Bermula daripada beberapa artis ternama dunia yang memboikot acara tersebut kepada beberapa negara yang dilihat cuba menggunakan lilitan tangan ‘One Love’ sebagai sokongan terhadap komuniti LGBT, sehingga kepada beberapa kekalahan memalukan oleh bekas juara dunia. Selain Jerman kalah 2-1 kepada Jepun, Arab Saudi pula menewaskan gergasi bola sepak dunia iaitu Argentina, 2-1.
Namun, apa yang menarik tentang perlawanan Arab Saudi menentang Argentina adalah selepas kemenangan Arab Saudi yang menggemparkan dunia itu, banyak desas desus mula mengatakan bahawa pemain Arab Saudi bakal dapat durian runtuh. Kata beberapa portal media, Putera Mahkota Arab Saudi, iaitu Mohammed Bin Salman Al Saud, bakal menghadiahkan kesemua pemain bola sepak negara mereka sebuah Rolls Royce Phantom yang bernilai US$460 ribu atau bersamaan dengan RM 2 juta setiap satu.


Kenapa begitu sekali hadiah yang bakal mereka dapat? Sebenarnya, hadiah itu merupakan satu bentuk penghargaan kerana berjaya menumpaskan Argentina, selain ia juga turut menjadi rekod pertama Argentina tewas sejak kali terakhir mengalaminya pada tahun 1974 (48 tahun lalu).
P/s: Ada juga khabar angin mengatakan pemain Arab Saudi juga bakal dapat hadiah dalam bentuk wang tunai. Untunglah!






